Taklimat NADI Mahir - Forum Bersama Komuniti
2 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniTaklimat NADI Mahir - Forum Bersama Komuniti telah berlangsung bagi memperkenalkan peluang pembelajaran kemahiran yang ditawarkan menerusi inisiatif NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – NADI Mahir. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai kursus yang boleh diikuti untuk meningkatkan kemahiran, menambah ilmu pengetahuan serta membuka peluang menjana pendapatan
Sepanjang sesi taklimat, peserta telah diperkenalkan dengan kursus-kursus sedia ada di bawah program NADI Mahir iaitu Mahir Jahit, Mahir Masak, Mahir Foto, Mahir Baiki Gajet dan Mahir Pertanian Pintar. Setiap kursus dirangka bagi memenuhi keperluan komuniti dalam membangunkan kemahiran praktikal yang relevan dengan perkembangan semasa
Bagi sesi pengambilan kali ini, dua kursus baharu turut diperkenalkan iaitu Mahir Prompt Engineer dan Mahir Microsoft. Pengenalan kursus ini selaras dengan perkembangan teknologi digital serta keperluan meningkatkan kemahiran penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan aplikasi Microsoft dalam urusan pembelajaran, pekerjaan serta perniagaan
Melalui penganjuran taklimat ini, diharapkan lebih ramai ahli komuniti akan mengambil peluang menyertai program NADI Mahir bagi meningkatkan kompetensi diri, memperkasakan kemahiran digital serta menyokong amalan pembelajaran sepanjang hayat demi melahirkan komuniti yang lebih berdaya saing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: